Blue Spinning Frozen Snowflake

Kamis, 17 November 2016

Kuda padi Dartmoor

Kuda padi Dartmoor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuda padi Dartmoor

Kuda padi di Little Mis Tor


Negara asal: England


Kuda padi Dartmoor telah hidup di England barat daya selama berabad-abad, malah digunakan untuk pelbagai tujuan. Disebabkan keadaan cuaca melampau di kawasan mur, maka Dartmoor adalah baka yang agak lasak dengan stamina yang hebat. Selama berabad-abad ia digunakan sebagai haiwan pekerja oleh pelombong timah dan pengusaha kuari tempatan. Ia dipelihara secara separa feral di Dartmoor, Devon.
Sungguhpun begitu, bilangannya telah merosot dari sekitar 25,800 pada 1930-an kepada 5,000 pada masa kini. Hanya sekitar 800 ekor kuda padi ini yang diketahui meragut kawasan mur pada musim bunga 2004.



Ciri-ciri

Kepalanya yang kecil mempunyai mata yang besar dan lebar serta telinga yang tajam. Badannya kuat dan sederhana panjang dengan sangkar rusuk yang lebar dan tebal. Kakinya kuat, panjang dari badan ke paras lutut dan keting, anggota tulang keringnya pendek tetapi kuat dan padat, serta lutut yang rata depannya; kaki depannya diangkat ke arah bahu yang bersudut luas dan cukup bebas bergerak, sementara kaki belakangnya diangkat kepada suku yang berotot tegap dan bundar rupanya. Surai dan ekornya seharusnya lebat dan berjela-jela, sementara pergerakannya bebas dan licin. Kuda padi Dartmoor baik pembawaannya, boleh diharap, lemah-lembut dan tenteram. Kebanyakan kuda Dartmoor berdiri di antara 11.1 ke 12.2 tangan (45 ke 50 inci, 114 ke 127 cm); seekor ahli baka ini tidak harus mencecah tinggi 12.2 tangan menurut piawaian yang diperkenalkan pada tahun 1924. Antara warna-warna yang diterima adalah bay, coklat, hitam, kelabu, berangan atau roan.

Sumber :  https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuda_padi_Dartmoor

2 komentar: